..::Slide Show Amsyar::..

Rabu, 12 November 2008

..::Tahniah sekali lagi buat Mama, Baba dan Semua::..

Assalamualaikum.. ye.. kita bertemu lagi.. ha mesti kalian semua tertanya-tanya kenapa mama dan baba amsyar berkonvo dua kali... nak tahu..! ha.. Konvo pertama dianjurkan oleh PMRAM iaitu Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir (Persatuan induk di Mesir), Istimewanya ialah peserta graduan penerima ijazah bukan hanya dari Pelajar Malaysia sahaja malah diturut serta oleh para graduan Melayu dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. Inilah keunikan konvokesyen yang dianjurkan oleh PMRAM sekaligus membenamkan prasangka buruk terhadap PMRAM konon-kononnya PMRAM adalah persatuan berbaur POLITIK, padahal PMRAM menaungi semua pelajar Melayu Nusantara di bawah selian satu badan NGO Mesir.
Manakala konvokesyen kedua pula dianjurkan pula oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah [JPMK] pada 29 Oktober 2008 hari rabu bersamaan 1 Zulqaedah 1429 H. Konvo kali ini bertambah gaya dengan jubah ala University of Oxford, keunikan konvokesyen kali kedua ini adalah disertai Datuk Duta Malaysia ke Kaherah dan Pengarah JPMK serta tetamu kehormat samada dari Malaysia dan Mesir sendiri. Konvo ini juga diadakan bagi meraikan para graduan terdiri daripada pelajar Malaysia sahaja. Alhamdulillah kedua-dua konvokesyen tersebut berjalan lancar dengan jayanya.


Selamat menatap kesemua potret kenangan di bawah:




Alhamdulillah berakhir sudah detik paling bermakna dan berharga buat baba, mama dan semua para graduan, syukur tidak terhingga amsyar sekeluarga panjatkan kerana diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menyertai kedua-dua konvokesyen tersebut dengan penuh gilang gemilang. Kata baba.. "Harapan kita Allah SWT telah tunaikan.., namun adakah kita sudah bersedia menunaikan pula harapan agama Islam dan amanah umat kepada kita selaku Al-Ulama Warasatul Anbiya'(Ulama pewaris Nabi-nabi), so bersedialah kita menempuh segala onak duri kehidupan demi memertabatkan Islam sebagai Tuan kepada setiap niat dan amalan pribumi.."
Sekian kata-kata peransang di atas sebagai penutup bagi artikel kali ini.., sehingga berjumpa lagi di lain bicara, terima kasih wa alfun syukran kepada kalian semua.., syabas dan taniah buat yang berjaya.., sambutlah salam manis dari kami sekeluarga, wassalam.

Tiada ulasan: