..::Slide Show Amsyar::..

Ahad, 8 Jun 2008

..::Cuti-cuti Alexandria::..

Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan? Amsyar doakan kawan-kawan sentiasa berada di dalam keadaaan sihat sejahtera. Alhamdulillah tidak lama lagi kuliah Mama dan Baba kita akan cuti, so, apa rancangan Mama dan Baba kawan-kawan untuk musim cuti kali ini?

Mama dan Baba Amsyar pada mulanya ada merancang hendak melancong ke Turkey, hehe.. namun apakan daya Baba cakap ongkos kami enggak mencukupi.(kalau ada yang nak sponser bagus juga) hehe.. so, perancangan percutian kami terbantutlah, apapun insyaAllah percutian kali ini Mama, Baba dan Amsyar akan penuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah.


Banyak perkara-perkara yang berfaedah boleh kita penuhi selain kita pergi melancong, Baba cakap apa kata kita teroka kitab-kitab yang telah berhabuk di atas rak kitab, banyak khazanah ilmu yang belum kita terokai di dalamnya. Kalau kita harapkan masa di Malaysia nanti sudah pasti tidak sempat meneroka kesemuanya, biasalah.., kita akan disibukkan dengan rutin harian yang sentiasa mencabar dan tidak pernah habis, pendek kata "macam-macam ada".

Ha.., selain dari meneroka kitab, kita juga boleh mengambil kesempatan dan peluang cuti kali ini dengan mengadakan program ziarah menziarahi di antara satu sama lain, pasti seronokkan? program seperti ini bukan sahaja menggamit kenangan indah kita di rantau orang malah mengikat silaturrahim di antara kita. Alhamdulillah.. kepada kawan-kawan yang tidak dapat melancong pada musim cuti kali ini janganlah bersedih hati.., realitikan apa yang Amsyar cadangkan tadi, Amsyar yakin, kawan-kawan akan pasti gembira untuk musin cuti kali ini insyAllah. Okeylah kawan-kawan Amsyar nak minta diri dulu. "Kalau ada sumur di ladang boleh Amsyar menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita bersua lagi" Maasalamah semua. Sekian wassalam.

Tiada ulasan: