..::Slide Show Amsyar::..

Rabu, 7 Mei 2008

..::Baiti Jannati- RumahKu SyurgaKu::..

Assalamualaikum.. Untuk kali ini amsyar nak bawa semua tetamu2 blog amsyar ke baiti jannati.. Rumah adalah tempat kita berlindung dari panas dan hujan selain itu banyak lagi peranan rumah terhadap manusia, tanpa rumah manusia boleh ditimpa pelbagai penyakit samada dari segi zahir mahupun batin.. Oleh itu setiap manusia memerlukan rumah sebagai tempat bermulanya kehidupan.. so teruskan meneroka rumah amsyar.. hehe..

Ini ruang tamu amsyar.. rumah amsyar tidaklah seperti rumah banglo atau rumah elit, namun hanya sekadar "mini house" tetapi comel..
Mini house yang cute ini ada dua bilik sahaja.. satu bilik utk kami sekeluarga dipanggil bilik utama dan satu lagi bilik untuk tetamu amsyar.. jemputlah kerumah amsyar.. Di sinilah terletak komputer baba.. sudut yg agak sempit.. tetapi klu kita bijak menyusun atur insyAllah setiap sudut itu akan nampak kemas.. kemaskan?..hehe..
Inilah office mama..hari2 mama masak istimewa bt kami.. makanan yg berzat dan berprotein.. baba cakap "air tangan mama pengikat kasih kami sekeluarga"..betulkan?.. yes..
Ha.. kawan2 untuk menjaga kesihatan kita, kebersihan tandas amat penting..
kalau tandas kita kotor sudah pasti akan mengundang pelbagai penyakit.. so pastikan tandas kita selalu bersih dan amalkan gaya hidup sihat..hehe..
Gambar dari dalam bilik ke balakon..
Ya.. dari balakon rumah amsyar boleh nampak laut.. tapi apakan daya gambar permandangan laut bercahaya.. so dalam gambar tak nampaklah laut nya hehe.. tapi klu nak tngok jugak.. datanglah yer ke rumah amsyar.. sekadar inilah dulu cerita baiti jannati.. okey.. "kalau ada sumur di ladang , boleh amsyar menumpang mandi, kalau ada umur kita yg panjang, boleh kita bersua lagi.." tata Wassalam.


Tiada ulasan: