..::Slide Show Amsyar::..

Selasa, 17 Jun 2008

..::Berkelah di tepi pantai As-sofirah::..

Assalamualaikum.. hehe.. Hensom tak?.., anak siapa nie..? hehe, Apa khabar semua..?, didoakan kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera.. amin.. Hari ini amsyar nak bercerita tentang perkelahan kami sekeluarga di persisiran pantai As-sofirah Iskandariah.
Pada tanggal 13 Jun o8, hari jumaat idea baba untuk berkelah di tepi pantai alhamdulillah kami realitikan.., tersenyum lebarlah baba, apabila mama bersetuju menghilangkan penat imtihan dengan berkelah bersama-sama.
Wah.. Pada perkelahan kali nie mama masak simple saja.., tapi sungguh menyelerakan.., Nasi putih, Ayam Kampung Goreng dan sambal bilis pedas.., berseleralah baba makan.. nak tahu ! masa kami tengah menjamu selera.. adala.., seorang dua budak arab main baling-baling pasir sehingga termasuk dalam pinggan nasi baba.. hehe.. apalagi berasapla telinga baba.. hehe nasib baik baba mood baik hari tue.. dengan tenang baba cakap "biarlah kita datang nak restkan otak, tenangkan hati', so kami balas senyuman pada budak-budak arab tuh.. alhamdulillah selepas kami lemparkan senyuman manis.., budak-budak arab tadi seolah-olah memahami dan bersimpati serta berlalu dari tempat kami. Moral: "Buat Baik di Balas Baik".
Inilah keluarga bahagia yang telah kami bina.., kebahagian datang dari sikap bertolak ansur, sentiasa memahami dan kasih mengasihi. Moga-moga kebahagian ini bisa berkekalan sehingga ke akhir hayat..., amin.

Untuk pengetahuan anda semua, sekiranya anda berkunjung ke pantai As-sofirah anda akan mendapati kawasan mandian yang berbayar dan tidak berbayar. Sekiranya berbayar anda akan dikenakan bayaran sebanya LE3 sahaja tidak termasuk kemudahan payung dan kerusi untuk mendapatkan kemudahan ini, anda akan dikenakan LE5 untuk payung dan LE3 untuk kerusi. Dan anda tidak dibenarkan menggunakan tikar atau apa-apa barang sebagai alas selain dari kerusi.., alasan pengusaha tempat tersebut ialah kerana kawasan tersebut adalah kawasan perlancongan.., so, barang-barang yang menyalahi etika akan mencacatkan kawasan perlancongan mereka.
Manakala tempat magganan iaitu percuma pula disediakan berhampiran dengan Kedutaan (Safarah) Malaysia cawangan Iskandariah, berhadapan dengan hotel untuk kakitangan Polis. Ha.. di kawasan percuma nie biasalah ramai orang.., anda akan dilayani dengan gurau sinis budak-budak arab.., macam-macam karenah dan telatah mereka, pendek kata "tak kering gusi dibuatnya". Anda juga bebas untuk melakukan apa saja yang anda suka selagi tidak menjejaskan hubungan baik dengan warga arab disini dan anda juga bebas melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.


Dah.., panjang lebar amsyar bercerita.., ada apa-apa soalan yang nak diajukan..?, ha.. amsyar dapat rasakan kalian pasti tertanya-tanya pasal "reben" atau lebih mudah cermin mata gelap yang amsyar kenakan.., sebenarnya reben nie kepunyaan mama hadiah daripada baba, walaupun tak mahal harganya.., tapi mama cakap "keikhlasan baba lebih mahal daripada segalanya", lawakan cermin mata nie..?, cermin nie pada mulanya mahal harganya sekitar harga LE50, mahalkan?, tapi oleh kerana kepetahan baba dan mama minta takhfif(kurangkan harga), alhamdulillah harga yang mahal tadi berkurangan sehingga LE15 sahaja. So, sekiranya anda ingin membeli barang-barang yang dijual secara pasar. Apa yang harus anda lakukan ialah minta kurang harga sesuai dengan barang yang dijual.., tapi janganlah minta kurang sampai tak masuk akal pula.., kesian si penjual. hehe, oklah cukuplah untuk kali ini dulu.. insyAllah kita bertemu lagi di lain cerita.., akhir kalam sambutlah salam manis dari kami sekeluarga. Sekian wassalam.

Tiada ulasan: