..::Slide Show Amsyar::..

Jumaat, 14 November 2008

..:: Sanah Helwah Ya Mama wa Baba ::..

Asslamualaikum.. Apa khabar semua..? Amsyar doakan semuanya sihat dan ceria-ceria selalu. Amsyar sekeluarga semuanya sihat belaka, jeng je jeng..., hari ini amsyar ingin berkongsi dengan anda semua tentang alkisah hari lahir mama dan baba amsyar..

Pada tanggal 13 September 1982 telah lahir seorang jejaka harapan daripada lima adik beradik yang kacak dan bercita-cita tinggi untuk membina empayer MJ, anakanda kepada Tuan Sheikh Haji Mohamad bin Abdullah, telah di lahirkan di Klang Selangor, di kala ayahandanya mencurah kidmat bakti di Kolej Islam Klang sebagai pendidik generasi Ulama' wal a'milin.. bondanya pula bernama Hajjah Juriah bin Md Zain berkhidmat sebagai suri rumah sepenuh masa yang tidak pernah mengeluh membesarkan kesemua anakandanya. Alhamdulillah kini kesemua anakandanya yg telah beliau lahirkan semuanya bisa menjadi manusia yang berjaya di dunia dan insyaAllah juga di akhirat kelak.. amin..., ha... salah seorang MJ adalah ayahanda amsyar la yang diberi nama Mumtaz juhdi bin Mohamad manakala.., Abg2 dan adiknya (Pakcik2 Amsyar..) bernama, Musa Jayyid, Mubarak Jiddan, Mujahid Jadd dan yang bongsu Muhaimin Jiddi.., inilah warga MJ.. Amsyar lagi hebat Mohamad Mumtaz Amsyar MMA.. hehe...
Tanggal 13 November 1984 di kala gendang solat bergema dan di saat suasana hening di Kuantan Pahang telah lahirlah seorang srikandi kesayangan pasangan bahagia juga pendidik ummah Tuan Haji Abdul Khalil bin Sham dan Hajjah Rukiah bin Ismail, kelahiran puteri kedua daripada tujuh adik beradik membawa sinar harapan dan kebahagian kepada keluarga besar ini, bermula dari anak yang sulong Athirah, Ayuni(mama amsyar), Abdul Hafiz, Afifah, Amirah Solehah, Muhammad Ammar dan yang bongsu Rabiatul Adawiyah kini kesemuanya.., Alhamdulillah.. berjaya di dunia dan insyAllah juga di akhirat kelak.. amin..
Tataplah detik2 bahagia dan berharga buat keluarga amsyar...:



"Sanah hilwah mama wa baba wa insyAllah kullu sanah wa antum bi khair" dan " Selamat Hari Lahir buat Mama dan Baba amsyar tersayang, moga2 dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.." amin... harapan amsyar buat mama dan baba.. "besarkan Amsyar sebagai seorang Ulama dan dai'e yang berani..".. amin.. sekian saja dulu untuk cerita kali ini.. InsyaAllah andai dipanjangkan usia kita bertemu lagi di lain cerita.. sambutlah salam manis daripada kami sekeluarga. Alfun syukran wassalam.

Rabu, 12 November 2008

..::Tahniah sekali lagi buat Mama, Baba dan Semua::..

Assalamualaikum.. ye.. kita bertemu lagi.. ha mesti kalian semua tertanya-tanya kenapa mama dan baba amsyar berkonvo dua kali... nak tahu..! ha.. Konvo pertama dianjurkan oleh PMRAM iaitu Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir (Persatuan induk di Mesir), Istimewanya ialah peserta graduan penerima ijazah bukan hanya dari Pelajar Malaysia sahaja malah diturut serta oleh para graduan Melayu dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand. Inilah keunikan konvokesyen yang dianjurkan oleh PMRAM sekaligus membenamkan prasangka buruk terhadap PMRAM konon-kononnya PMRAM adalah persatuan berbaur POLITIK, padahal PMRAM menaungi semua pelajar Melayu Nusantara di bawah selian satu badan NGO Mesir.
Manakala konvokesyen kedua pula dianjurkan pula oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah [JPMK] pada 29 Oktober 2008 hari rabu bersamaan 1 Zulqaedah 1429 H. Konvo kali ini bertambah gaya dengan jubah ala University of Oxford, keunikan konvokesyen kali kedua ini adalah disertai Datuk Duta Malaysia ke Kaherah dan Pengarah JPMK serta tetamu kehormat samada dari Malaysia dan Mesir sendiri. Konvo ini juga diadakan bagi meraikan para graduan terdiri daripada pelajar Malaysia sahaja. Alhamdulillah kedua-dua konvokesyen tersebut berjalan lancar dengan jayanya.


Selamat menatap kesemua potret kenangan di bawah:




Alhamdulillah berakhir sudah detik paling bermakna dan berharga buat baba, mama dan semua para graduan, syukur tidak terhingga amsyar sekeluarga panjatkan kerana diberi kesempatan oleh Ilahi untuk menyertai kedua-dua konvokesyen tersebut dengan penuh gilang gemilang. Kata baba.. "Harapan kita Allah SWT telah tunaikan.., namun adakah kita sudah bersedia menunaikan pula harapan agama Islam dan amanah umat kepada kita selaku Al-Ulama Warasatul Anbiya'(Ulama pewaris Nabi-nabi), so bersedialah kita menempuh segala onak duri kehidupan demi memertabatkan Islam sebagai Tuan kepada setiap niat dan amalan pribumi.."
Sekian kata-kata peransang di atas sebagai penutup bagi artikel kali ini.., sehingga berjumpa lagi di lain bicara, terima kasih wa alfun syukran kepada kalian semua.., syabas dan taniah buat yang berjaya.., sambutlah salam manis dari kami sekeluarga, wassalam.

Selasa, 11 November 2008

..:: Tahniah buat mama, baba dan semua::..

Assalamualaikum.., bertemu lagi kita pada kali ini.., harapan dan doa amsyar panjatkan agar kalian semua sihat sejahtera disamping insan tersayang.., amien..
Tanggal 22 Oktober 2008, hari rabu, bersamaan 23 Syawal 1429, Ayahanda dan Bonda amsyar dinobatkan sebagai graduan Al-Azhar As-Asyarif.

Bergaya tak yang tengah2 tuh.. itulah bakal graduan Al-Azhar juga.. InsyaAllah..
Kawan2 nak tahu apa prinsip hidup mama dan baba... Baba "Kegagalan orang yang berusaha adalah suatu kejayaan.." & Mama "Man jadda wajada"..
Kalau nak selami kedua-dua prinsip tersebut, ha..datanglah tanya sendiri..hehe..
Ha.. yang berbaju merah tue Makcik amsyar.. InsyAllah makcik pun bakal graduan juga, sekarang makcik menuntut di Mahaad Qiraat Mansurah.

Okey layanlah semua gambar kenangan di bawah:

Ha.. alhamdulillah pada konvo kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Nazrie Johari(ex solo Raihan), sempatla amsyar, mama dan baba bergambar dengan beliau...
Sekian dulu untuk kenangan konvo kali ini.. InsyAllah seandainya diberi kesempatan, amsyar akan muatkan konvo kedua mama & baba.. sebelum berakhirnya potret kenangan ini.. amsyar, mama dan baba ingin merafaqkan syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan kejayaan buat ayahanda dan bonda amsyar...

Wassalam.