..::Slide Show Amsyar::..

Jumaat, 14 November 2008

..:: Sanah Helwah Ya Mama wa Baba ::..

Asslamualaikum.. Apa khabar semua..? Amsyar doakan semuanya sihat dan ceria-ceria selalu. Amsyar sekeluarga semuanya sihat belaka, jeng je jeng..., hari ini amsyar ingin berkongsi dengan anda semua tentang alkisah hari lahir mama dan baba amsyar..

Pada tanggal 13 September 1982 telah lahir seorang jejaka harapan daripada lima adik beradik yang kacak dan bercita-cita tinggi untuk membina empayer MJ, anakanda kepada Tuan Sheikh Haji Mohamad bin Abdullah, telah di lahirkan di Klang Selangor, di kala ayahandanya mencurah kidmat bakti di Kolej Islam Klang sebagai pendidik generasi Ulama' wal a'milin.. bondanya pula bernama Hajjah Juriah bin Md Zain berkhidmat sebagai suri rumah sepenuh masa yang tidak pernah mengeluh membesarkan kesemua anakandanya. Alhamdulillah kini kesemua anakandanya yg telah beliau lahirkan semuanya bisa menjadi manusia yang berjaya di dunia dan insyaAllah juga di akhirat kelak.. amin..., ha... salah seorang MJ adalah ayahanda amsyar la yang diberi nama Mumtaz juhdi bin Mohamad manakala.., Abg2 dan adiknya (Pakcik2 Amsyar..) bernama, Musa Jayyid, Mubarak Jiddan, Mujahid Jadd dan yang bongsu Muhaimin Jiddi.., inilah warga MJ.. Amsyar lagi hebat Mohamad Mumtaz Amsyar MMA.. hehe...
Tanggal 13 November 1984 di kala gendang solat bergema dan di saat suasana hening di Kuantan Pahang telah lahirlah seorang srikandi kesayangan pasangan bahagia juga pendidik ummah Tuan Haji Abdul Khalil bin Sham dan Hajjah Rukiah bin Ismail, kelahiran puteri kedua daripada tujuh adik beradik membawa sinar harapan dan kebahagian kepada keluarga besar ini, bermula dari anak yang sulong Athirah, Ayuni(mama amsyar), Abdul Hafiz, Afifah, Amirah Solehah, Muhammad Ammar dan yang bongsu Rabiatul Adawiyah kini kesemuanya.., Alhamdulillah.. berjaya di dunia dan insyAllah juga di akhirat kelak.. amin..
Tataplah detik2 bahagia dan berharga buat keluarga amsyar...:



"Sanah hilwah mama wa baba wa insyAllah kullu sanah wa antum bi khair" dan " Selamat Hari Lahir buat Mama dan Baba amsyar tersayang, moga2 dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.." amin... harapan amsyar buat mama dan baba.. "besarkan Amsyar sebagai seorang Ulama dan dai'e yang berani..".. amin.. sekian saja dulu untuk cerita kali ini.. InsyaAllah andai dipanjangkan usia kita bertemu lagi di lain cerita.. sambutlah salam manis daripada kami sekeluarga. Alfun syukran wassalam.