..::Slide Show Amsyar::..

Jumaat, 26 September 2008

..::Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Dari Amsyar Sekeluarga;::..

Selamat Hari Raya

Ramadhan kan berlalu pergi, terundang pula syawal yang kan menjelma..., Sayu hati amsyar mengiringi Ramadhan pulang ke kamarnya... Alhamdulillah kesedihan ini terubat dengan kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu dengan kehadiran syawal yang mulia.. Maka hari ini sudah kedengaran suara-suara yang menyanyikan irama nasyid dan lagu bertemakan Hari Raya Aidil Fitri.. Hati ini gembira kerna akan menyambut Hari Raya, namun terasa juga kesayuan apabila mengenang diri dirantau orang, rindu kepada Tok, Tokwan, Datuk, Nenek, Sanak saudara, kampung halaman (selalu mama cerita , walau amsyar belum faham lagi..hehe), Ketupat, serunding, lemang, kuah kacang, kuih muih dan pelbagai lagi hidangan....

Insya'Allah pada raya kali ini, Amsyar ada banyak baju raya baru..., biasalah first time in life beraya kat dunia ini bersama baba dan mama tambahan pula tinggal di negara orang.. hehe.. baju raya pertama nie dihadiahkan oleh Makcik Amsyar Afifah namanya.. orangnya murah hati.. thanz acik.. nak tahu warna apa baju-baju raya amsyar..? tak boleh lagi.."Biarlah Rahsia", nanti hari raya kita bongkar sama-sama yer.. Tapi kalau tak ziarah rumah amsyar, tak dapatla tengok baju raya amsyar.. hehe, ha Raya nie jangan lupa datang rumah amsyar ramai-ramai.. insyAllah adalah sedikit juadah yang istimewa dari kami sekeluarga.. jemputlah di mandarah.. sebelum datang tel lah dulu bagi ikhwah 010-5353898(baba) dan akhawat 010-8077394(mama).. bagi yang berkeluarga pula tel mana-mana N0 pun tak apa... kalau nak datang terus tanpa call pun takpa.. tapi takut juga kalau-kalau kami sekeluarga tiada di rumah.. kecil hati tetamu kami pula..hehe.

Sempena Aidil Fitri yang nak menjelang tak beberapa hari lagi,.. Amsyar sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada Tok, Tokwan, Datuk, Nenek, Sanak saudara di Malaysia serta sahabat-sahabat baba, mama dan amsyar di Malaysia, Mesir dan di mana jua anda berada.. Harapan dan doa daripada Amsyar sekeluarga.. moga-moga kalian semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia di hari raya serta ceria-ceria selalu.. Doa-doakanlah untuk kami sekeluarga juga.. moga-moga baba, mama dan semua najah, cepatlah kami dapat pulang ke Malaysia... amin.

Akhirnya Sambutlah salam manis daripada Amsyar sekeluarga.., sebagai peganti diri Amsyar sekeluarga, terimalah kad raya di atas untuk kalian semua.. Kullu sanah wa antum bikhair.. Sekian wassalam.