..::Slide Show Amsyar::..

Isnin, 26 Mei 2008

..::Pesanan Buat Anak-anak Ku Tersayang::..

Selasa, 20 Mei 2008

..::Amsyar Love U ALL::..


Asssalamulaikum.. hehe.. Apa khabar semua? harap2 semuanya sihat dan ceria2 selalu.. kali ini amsyar tampil adobe hasil kreatif tangan mama.. sekarang giliran baba tumpukan perhatian pada imtihan(exam).. so mama ambil alih la kerja baba "yang asyik dok depan PC" ini utk cungkilkan bakat mama yg terpendam selama ini dari dapur.. hehe.. nak tahu baba terkejut juga hasil tangan mama nie.. baba cakap tak sangka "tangan yg menggoreng ikan bisa membuat adobe secantik ini".. ha nak tahu lagi bukan adobe jer.. video kami pun mama pernah buat, nak tengok klik disini >VIDEO< .. fush beruntunglah baba dapat menacle mama jadikan isteri tercinta dan mama tersayang buat amsyar .. hehe inilah rahsia kebahagian kami sekeluarga... okeylah kawan2 sekadar inilah tips kebahagian utk kali ini.. kita bersua lagi di lain waktu.. tata titi tutu.. wassalam.

Ahad, 18 Mei 2008

..::Keluarga Bahagia::..

Salamzzz.. Adob mama buat.. hehe cantik kan? bagilah ulasan kat bawah.. wassalam.

Sabtu, 17 Mei 2008

..::BERKAT KEJUJURAN::..

Assalamualaikum.., apa khabar semua? amsyar doakan semuanya sihat dan ceria2 selalu.. maaflah lama amsyar tak update.., nak tahu sebab apa? sebabnya amsyar bagi peluang mama dan baba exam..., oleh itu kawan2 janganlah berkecil hati, kerana hari ini amsyar nak ceritakan kisah "BERKAT KEJUJURAN", kisah dipetik dari tulisan AISAMUDDIN ( aisa98@tm.net.my ), semoga sajian kali ini enak buat kawan2 sekalian.., so, selamat membaca...


Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

MORAL & IKTIBAR
  • Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
  • Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
  • Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain.
  • Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah.

Bestkan kisah ini.., bagus untuk mendidik diri kita menjadi insan yang jujur. Okey cukuplah untuk kali ini.., sanaltaqi insyaAllah.., massalamah wassalam wbt.

Rabu, 7 Mei 2008

..::Baiti Jannati- RumahKu SyurgaKu::..

Assalamualaikum.. Untuk kali ini amsyar nak bawa semua tetamu2 blog amsyar ke baiti jannati.. Rumah adalah tempat kita berlindung dari panas dan hujan selain itu banyak lagi peranan rumah terhadap manusia, tanpa rumah manusia boleh ditimpa pelbagai penyakit samada dari segi zahir mahupun batin.. Oleh itu setiap manusia memerlukan rumah sebagai tempat bermulanya kehidupan.. so teruskan meneroka rumah amsyar.. hehe..

Ini ruang tamu amsyar.. rumah amsyar tidaklah seperti rumah banglo atau rumah elit, namun hanya sekadar "mini house" tetapi comel..
Mini house yang cute ini ada dua bilik sahaja.. satu bilik utk kami sekeluarga dipanggil bilik utama dan satu lagi bilik untuk tetamu amsyar.. jemputlah kerumah amsyar.. Di sinilah terletak komputer baba.. sudut yg agak sempit.. tetapi klu kita bijak menyusun atur insyAllah setiap sudut itu akan nampak kemas.. kemaskan?..hehe..
Inilah office mama..hari2 mama masak istimewa bt kami.. makanan yg berzat dan berprotein.. baba cakap "air tangan mama pengikat kasih kami sekeluarga"..betulkan?.. yes..
Ha.. kawan2 untuk menjaga kesihatan kita, kebersihan tandas amat penting..
kalau tandas kita kotor sudah pasti akan mengundang pelbagai penyakit.. so pastikan tandas kita selalu bersih dan amalkan gaya hidup sihat..hehe..
Gambar dari dalam bilik ke balakon..
Ya.. dari balakon rumah amsyar boleh nampak laut.. tapi apakan daya gambar permandangan laut bercahaya.. so dalam gambar tak nampaklah laut nya hehe.. tapi klu nak tngok jugak.. datanglah yer ke rumah amsyar.. sekadar inilah dulu cerita baiti jannati.. okey.. "kalau ada sumur di ladang , boleh amsyar menumpang mandi, kalau ada umur kita yg panjang, boleh kita bersua lagi.." tata Wassalam.